Wednesday, June 20, 2018

NOTA KULIAH

Falsafah Pendidikan Islam


Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam seharusnya mesti bersumberkan al-Quran dan Hadith. Ia juga berasaskan aspek-aspek utama iaitu akidah, syariah dan akhlak. Hasil gabungan dan keseimbangan ini akan mewujudkan ilmu pengetahuan, tingkah laku dan spiritual yang membina dan terarah bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.


Metodologi Pendidikan Rasulullah S.A.W.

Pendidikan

Secara profesional, pendidikan ialah satu proses penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu meliputi perkara seperti aktiviti, perancangan pengelolaan, bimbingan dan penilaian.

Metodologi Pengajaran Rasulullah S.A.W.

Sistem yang mengandungi prinsip, sukatan, strategi, kaedah, teknik dan sebagainya yang digunakan oleh Rasulullah S.A.W. 

Kaedah

  • Dialog (antara Rasulullah S.A.W. dengan malaikat Jibril)
  • Mushafahah
  • Talaqqi
  • Soal-jawab
  • Perbincangan
  • Tikrar (latih tubi)
  • Hafazan


Strategi
  • Secara beransur-ansur
  • Berperingkat
  • Secara sulit dan terang-terangan


Tempat Pendidikan Zaman Rasulullah S.A.W.

  • Rumah al-Arqam
  • Di masjid
  • Di rumah
  • Di Bukit Safa


Istilah Yang Digunakan Dalam Pendidikan

  • al-Ta'lim
  • al-Tarbiyah
  • al-Ta'dib
  • al-Tadris
  • al-Riyadhah


Sifat Profesional Rasulullah S.A.W.

  • Adil
  • Amanah
  • Prihatin
  • Kecindan


Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam

1.     Dari mudah kepada yang lebih susah.
2.     Dari yang nampak kepada yang abstrak.
3.     Dari dekat kepada yang jauh.
4.     Dari yang tahu kepada yang tidak tahu.
5.     Dari yang dilihat kepada yang tidak dapat dilihat

No comments:

Post a Comment

LANJUTAN NOTA KULIAH

RANCANGAN TAHUNAN Elemen yang terdapat dalam rancangan tahunan 1.        Minggu 2.        Tajuk 3.        Kemahiran 4.    ...