Saturday, July 21, 2018

RPH (RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN)

7. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tajuk bagi rancangan pengajaran yang telah dipilih ialah mata pelajaran ibadat darjah 1 bagi Sekolah Agama Negeri Johor.


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) IBADAT DARJAH 1.


RPH 1

(MINGGU PERTAMA)

PENGERTIAN TAHARAH DAN KEPERLUANNYA.

HUKUM TAHARAH.

TUJUAN TAHARAH.



Nama Guru                  :           Norhaslinda binti Omar
Mata Pelajaran            :           Ibadat
Kelas                           :           1 Zuhdi
Tarikh                          :           7 Januari 2018
Masa                           :           2.30 – 3.00 petang
Bilangan                      :           30/30 orang
Tajuk                            :           Pengertian Taharah dan Keperluannya Hukum Taharah, Tujuan Taharah.
Kemahiran                   :           Membaca, mendengar, melihat, menulis, bercakap
Kaedah                        :           Belajar sambil bermain


PENGETAHUAN SEDIA ADA :
  1.   Murid-murid telah mengetahui serba sedikit tentang taharah.
  2.   Murid-murid pernah melakukan taharah.
  3.   Murid-murid sudah ada kemahiran melakukan taharah.


HASIL PEMBELAJARAN :
  1.  Menyebut pengertian taharah dengan betul.
  2. Menyatakan 3 tujuan melakukan taharah.
  3. Memberikan 4 cara taharah yang telah dipelajari.


KEMAHIRAN BERFIKIR :          Soal-jawab, merumus isi pelajaran, membuat perkaitan, mengkategori, membandingbeza, meramal, mentafsirkan.


PENERAPAN NILAI       :           Khusyuk, disiplin, taat, hormat, berani, berhemah tinggi, jujur, rajin, patuh, teliti, prihatin, berdikari, bekerjasama, berfikiran terbuka.


BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) :         Sampul kertas, keratan soalan, radio, komputer riba, pembesar suara, LCD, kad manila, kad gambar, kad carta, kertas putih.


STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :

  
LANGKAH/
MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
CATATAN
Pendahuluan
(2 minit)
Ucapan salam dan bacaan doa:

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


اَللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ



1.      Guru meminta murid-murid membaca doa belajar.

2.      Guru dan murid-murid bersama-sama membaca doa belajar
Nilai murni:
Khusyuk
Set Induksi
(3 minit)
Tayangan video berkaitan kebersihan diri.


Cadangan soalan:

1.      Apakah yang kamu dapat lihat daripada video tadi?


Saranan jawapan:

1.      Video menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki yang bersiap-siap untuk pergi menunaikan solat di masjid.



1.      Guru mempertontonkan tayangan video berkaitan kebersihan diri.

2.      Guru meminta murid-murid menumpukan perhatian terhadap video yang ditayangkan.

3.      Setelah video selesai ditayangkan, guru mengajukan beberapa soalan berhubung video yang telah ditonton dan beberapa orang murid menjawab soalan tersebut.

4.      Guru memberikan penjelasan tentang video yang telah ditonton untuk memberikan kefahaman kepada murid.

5.      Guru mengaitkan video yang dtonton dengan tajuk pengajaran hari ini.



Teknik:
Soal jawab



Bahan Bantu Mengajar (BBM):
Komputer riba, LCD, pembesar suara



Nilai murni:
Fokus, patuh
Langkah 1
(9 minit)
1.      Pengertian taharah yang lengkap.

Suci dan bersih daripada najis dan hadas.


2.      Hukum taharah.

Wajib


3.      Tujuan taharah.

a.      Menghilangkan kekotoran dan bau busuk

b.      Mengelakkan diri daripada terkena penyakit.

c.       Badan sentiasa bersih, sihat dan cergas.

d.      Kita disukai oleh rakan-rakan.

e.      Mendapat keredhaan Allah Taala.

f.        Kita boleh mengerjakan amal ibadat



1.      Guru menampal kad manila di papan putih yang memaparkan pengertian taharah.

2.      Guru membacakan pengertian taharah dan mengulanginya sebanyak 2 kali.

3.      Guru meminta murid-murid menyebut pengertian taharah secara beramai-ramai, secara berkumpulan dan secara individu.

4.      Guru mempamerkan petikaqn hadis melalui LCD.

5.      Guru menerangkan hukum taharah berdasarkan petikan hadis tersebut.

6.      Guru memaparkan carta di papan putih yang menghuraikan hukum taharah.

7.      Guru meminta meminta 6 orang untuk membacakan setiap huraian tersebut.

8.      Guru mempamerkan kad imbasan yang mengandungi tujuan taharah dan membacakannya di hadapan murid.

9.       Murid membaca kad imbasan secara berkumpulan dan seorang wakil untuk menampal kad imbasan di papan putih.

10.  Murid-murid menulis tujuan taharah pada kertas putih mengikut kumpulan masing-masing.



Teknik:
Soal jawab



Bahan Bantu Mengajar (BBM):
Kad manila, kad carta, computer riba, LCD,  kad tulisan, kad gambar, kertas putih.



Nilai murni:
Rajin, sabar, bekerjasama, taat, fokus.
Langkah 2
(8 minit)
Aktiviti:

Permainan sampul beracun diiringi muzik.
1.      Guru mengajak murid untuk melakukan aktiviti.

2.      Guru menerangkan pelaksanaan dan peraturan permainan.

3.      Sampul beracun mula diedar setelah muzik bermula.

4.      Sampul akan berhenti diedar setelah muzik dimatikan.

5.      Murid yang memegang sampul ketika muzik dimatikan dikehendaki membuka sampul dan mengambil sehelai keratan soalan lalu membacanya.

6.      Murid yang mendapat soalan dikehendaki menjawab soalan tersebut secara ringkas.

7.      Murid yang dapat menjawab dengan tepat akan diberikan hadiah.

8.      Guru memperbetulkan jawapan yang kurang tepat dan menghargai keberanian murid untuk menjawab soalan.



Teknik:
Belajar sambil bermain



Bahan Bantu Mengajar (BBM):
Sampul kertas, keratan soalan, radio.



Nilai murni:
Berani, berdisiplin, tolong-menolong, berfikiran terbuka.
Langkah 3
(5 minit)
Penilaian.


Cadangan soalan:

1.      Bolehkah kamu terangkan pengertian taharah?

2.      Apakah hukum taharah?

3.      Berikan tujuan-tujuan kita melakukan taharah?


Saranan jawapan:

1.      Taharah ialah suci dan bersih daripada najis dan hadas.

2.      Hukum taharah adalah wajib.

3.      Tujuan taharah ialah menghilangkan kekotoran dan bau busuk, mengelakkan diri daripada terkena penyakit, badan sentiasa bersih,  sihat dan cergas, kita disukai oleh rakan-rakan, mendapat keredhaan Allah Taala dan kita boleh mengerjakan amal ibadat.



1.      Guru mengajukan beberapa soalan bagi menilai pemahaman murid berdasarkan tajuk pengajaran.

2.      Guru meminta murid menjawab megikut kefahaman masing-masing atau ayat sendiri.

3.      Guru meminta beberapa orang murid untuk menjawab soalan.
Teknik:
Soal jawab



Nilai murni:
Patuh, tenang, gigih, berdikari, yakin diri.
Penutup
(3 minit)
Rumusan.
1.      Guru memberikan rumusan tentang tajuk pengajaran hari ini kepada murid.

2.      Guru turut menyelitkan pengajaran dan hikmah yang dapat diperolehi hasil pengajaran pada hari ini.



Nilai murni:
Fokus dan sabar.



CATATAN REFLEKSI:    Saya berasa bersyukur kerana pembelajaran yan g dijalankan pada hari ini sangat memberansangkan kerana pada pandangan saya semua murid agak teruja dan menunjukkan minat yang baik kesan daripada bahan bantu mengajar(BBM) yang saya hasilkan walaupun terdapat sedikit kesukaran dalam menguruskan kawalan kelas tadi namun ia merupakan pengalaman yang mengajar saya.


ULASAN PENSYARAH GURU PEMBIMBING:



Disediakan Oleh:

Norhaslinda binti Omar





RPH 2

(MINGGU KEDUA)


JENIS-JENIS TAHARAH.

CARA-CARA TAHARAH.

JENIS-JENIS AIR YANG SAH DIBUAT BERSUCI.



Nama Guru                 :           Norhaslinda binti Omar
Mata Pelajaran           :           Ibadat
Kelas                          :           1 Zuhdi
Tarikh                         :           14 Januari 2018
Masa                          :           2.30 – 3.00 petang
Bilangan                     :           30/30 orang
Tajuk                           :           Jenis-jenis taharah, cara-cara taharah, jenis-jenis air yang sah dibuat bersuci.
Kemahiran                  :           Membaca, mendengar, melihat, menulis, bercakap
Kaedah                       :           Belajar sambil bermain


PENGETAHUAN SEDIA ADA :
1.      Murid-murid telah mengetahui serba sedikit tentang taharah.
2.      Murid-murid pernah melakukan taharah.
3.      Murid-murid sudah ada kemahiran melakukan taharah.


HASIL PEMBELAJARAN :
1.      Menyebut jenis-jenis taharah.
2.      Menyatakan 3 jenis air yang sah untuk dibuat bersuci.
3.      Memberikan 4 cara-cara taharah yang telah dipelajari.


KEMAHIRAN BERFIKIR :          Soal-jawab, merumus isi pelajaran, membuat perkaitan, mengkategori, membandingbeza, meramal, mentafsirkan.


PENERAPAN NILAI       :           Rajin, patuh, teliti, prihatin, berdikari, bekerjasama, berfikiran terbuka, khusyuk, disiplin, taat, hormat, berani, berhemah tinggi, jujur.


BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) :         Kad gambar, kad manila, kad tulisan, computer riba, pembesar suara, LCD, kertas putih, model, lembaran aktiviti.


STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :


LANGKAH/
MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
CATATAN
Pendahuluan
(2 minit)
Ucapan salam dan bacaan doa:

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


اَللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ



1.      Guru meminta murid-murid membaca doa belajar.

2.      Guru dan murid-murid bersama-sama membaca doa belajar
Nilai murni:
Insaf
Set Induksi
(3 minit)
Tayangan video pekerja sedang membersihkan sebuah kandang kambing.


Cadangan soalan:

1.      Apakah yang kamu dapat lihat daripada video tadi?


Saranan jawapan:

1.      Video menunjukkan pekerja-pekerja sedang membersihkan sebuah kandang   kambing.



1.      Guru mempertontonkan tayangan video pekerja yang sedang membersihkan sebuah kandang kambing.

2.      Guru meminta murid-murid menumpukan perhatian terhadap video yang ditayangkan.

3.      Setelah video selesai ditayangkan, guru mengajukan beberapa soalan berhubung video yang telah ditonton dan beberapa orang murid menjawab soalan tersebut.

4.      Guru memberikan penjelasan tentang video yang telah ditonton untuk memberikan kefahaman kepada murid.

5.      Guru mengaitkan video yang dtonton dengan tajuk pengajaran hari ini.

Teknik:
Soal jawab



Bahan Bantu Mengajar (BBM):
Komputer riba, LCD, pembesar suara



Nilai murni:
Khusyuk, tekun.
Langkah 1
(9 minit)
1.      Jenis-jenis taharah.

Bersuci daripada najis seperti air kencing, tahi, darah, muntah, nanah.

Bersuci daripada hadas seperti hadas kecil dan hadas besar.


2.      Cara-cara taharah.

a. Berwuduk
b. Samak
c.  Mandi
d.  Beristinjak
e.  Bertayamum
 f.  Menyertu


3.      Jenis-jenis air yang sah dibuat bersuci.

a.  Air hujan
b.  Air salji
c.   Air mata air
d.   Air perigi
e.   Air sungai
f.     Air embun
g.    Air laut



1.      Guru menampal kad carta yang mengandungi jenis-jenis taharah di papan putih.

2.      Guru menerangkan jenis-jenis taharah kepada murid.

3.      Guru meminta murid-murid memberikan contoh benda yang suci dan benda yang najis yang terdapat di sekeliling mereka.

4.      Guru mempamerkan kad gambar yang menunjukkan cara-cara taharah.

5.      Guru menerangkan cara-cara taharah secara ringkas bagi setiap gambar.

6.      Guru meminta meminta 3 orang menyatakan cara-cara taharah yang pernah mereka lakukan di rumah.

7.      Guru menunjukkan model jenis-jenis air di hadapan kelas.

8.       Guru menerangkan 7 jenis air mutlak yang terdapat dalam model tersebut.

9.      Murid-murid diminta meletakkan kad nama air bagi jenis-jenis air yang terdapat pada model tersebut.
Teknik:
Soal jawab, perbincangan.



Bahan Bantu Mengajar (BBM):
Kad manila, kad carta, kad tulisan, kad gambar, kertas putih, model.



Nilai murni:
Prihatin, bersemangat, rajin, peka, berfikiran terbuka.
Langkah 2
(8 minit)
Aktiviti:

Kuiz suai dan padan secara berkumpulan.
1.      Guru mengajak murid untuk melakukan aktiviti.

2.      Guru menerangkan pelaksanaan dan peraturan kuiz.

3.      Setiap kumpulan dibekalkan dengan lembaran aktiviti suai padan dan dikehendaki menampal serta melengkapkan suai padan tersebut.

4.      Kumpulan yang dapat melengkapkan lembaran aktiviti itu dengan tepat akan diberikan hadiah istimewa.



Teknik:
Belajar sambil bermain



Bahan Bantu Mengajar (BBM):
Lembaran aktiviti, kad tulisan, kad gambar.



Nilai murni:
Hormat, ikhlas, sopan, berani, berdisiplin, tolong-menolong.



Langkah 3
(5 minit)
Penilaian.


Cadangan soalan:

1.      Berikan jenis-jenis taharah yang kamu tahu?

2.      Apakah cara-cara taharah yang telah kita pelajari?

3.      Terangkan jenis-jenis air yang sah dibuat bersuci?


Saranan jawapan:

1.      Bersuci daripada najis dan bersuci daripada hadas.

2.      Berwuduk, samak, mandi, beristinjak, bertayamum dan menyertu.

3.      Air hujan, air salji, air mata air, air perigi, air sungai, air embun, air laut.



1.      Guru mengajukan beberapa soalan bagi menilai pemahaman murid berdasarkan tajuk pengajaran.

2.      Guru meminta murid menjawab megikut kefahaman masing-masing atau menggunakan ayat sendiri.

3.      Guru meminta beberapa orang murid untuk menjawab soalan.
Teknik:
Soal jawab



Nilai murni:
Taat, bertanggungjawab, fokus.
Penutup
(3 minit)
Rumusan.
1.      Guru memberikan rumusan tentang tajuk pengajaran hari ini kepada   murid.

2.      Guru turut menyelitkan pengajaran dan hikmah yang dapat diperolehi hasil pengajaran pada hari ini.



Nilai murni:
Khusyuk, tenang dan sabar.


CATATAN REFLEKSI:    Saya berasa bersyukur kerana pembelajaran yan g dijalankan pada hari ini sangat bermanfaat kerana pada pandangan saya semua murid berasa insaf terutamanya kesan daripada set induksi yang ditayangkan pada permulaan pembelajaran tadi yang memberikan sedikit sebanyak pengajaran bermakna yang boleh murid terapkan dalam kehidupan namun terdapat beberapa perkara yang perlu saya perbaiki lagi selepas ini.


ULASAN PENSYARAH GURU PEMBIMBING:



Disediakan Oleh:

Norhaslinda binti Omar







RPH 3

(MINGGU KETIGA)


PENGERTIAN ISTINJAK.

HUKUM ISTINJAK.



Nama Guru                 :           Norhaslinda binti Omar
Mata Pelajaran           :           Ibadat
Kelas                            :           1 Zuhdi
Tarikh                          :           21 Januari 2018
Masa                           :           2.30 – 3.00 petang
Bilangan                      :           30/30 orang
Tajuk                           :           Pengertian istinjak, hukum istinjak.
Kemahiran                  :           Membaca, mendengar, melihat, menulis, bercakap
Kaedah                        :           Perbincangan.


PENGETAHUAN SEDIA ADA :
1.      Murid-murid telah mengetahui serba sedikit tentang istinjak.
2.      Murid-murid pernah melakukan istinjak.
3.      Murid-murid sudah ada kemahiran melakukan istinjak.


HASIL PEMBELAJARAN :
1.      Menyebut pengertian istinjak.
2.      Menyatakan 3 faedah melakukan istinjak.
3.      Membacakan doa sebelum masuk tandas dan doa keluar tandas.


KEMAHIRAN BERFIKIR :          Membandingbeza, meramal, mentafsirkan, soal-jawab, merumus isi pelajaran, membuat perkaitan, mengkategori,.


PENERAPAN NILAI       :           Sabar, taat, hormat, berani, rajin, patuh, teliti, prihatin, berdikari, bekerjasama, berfikiran terbuka, khusyuk, disiplin, , cekal, ingin tahu.


BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) :          Pembesar suara, LCD, kad gambar, kad manila, kad tulisan, komputer riba.


STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :


LANGKAH/
MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
CATATAN
Pendahuluan
(2 minit)
Ucapan salam dan bacaan doa:

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


اَللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ



1.      Guru meminta murid-murid membaca doa belajar.

2.      Guru dan murid-murid bersama-sama membaca doa belajar
Nilai murni:
Khusyuk
Set Induksi
(3 minit)
Tayangan video iklan televisyen yang memaparkan produk pencuci tandas.

Cadangan soalan:

1.      Apakah yang kamu dapat lihat daripada video tadi?


Saranan jawapan:

1.      Video menunjukkan seorang suri rumah sedang membersihkan tandas, kemudian datang seorang lelaki memperkenalkan produk pencuci yang baik.



1.      Guru mempertontonkan tayangan video iklan televisyen yang memaparkan produk pencuci tandas .

2.      Guru meminta murid-murid menumpukan perhatian terhadap video yang ditayangkan.

3.      Setelah video selesai ditayangkan, guru mengajukan beberapa soalan berhubung video yang telah ditonton dan beberapa orang murid menjawab soalan tersebut.

4.      Guru memberikan penjelasan tentang video yang telah ditonton untuk   memberikan kefahaman kepada murid.

5.      Guru mengaitkan video yang dtonton dengan tajuk pengajaran hari ini.



Teknik:
Soal jawab



Bahan Bantu Mengajar (BBM):
LCD, pembesar suara, komputer riba.



Nilai murni:
Fokus, bersungguh-sungguh.
Langkah 1
(7 minit)
1.      Pengertian Istinjak.

Bersuci daripada najis dengan sebab telah membuang air kecil atau membuang air besar.


2.      Hukum istinjak.

Semua orang Islam lelaki dan perempuan wajib beristinjak.



1.      Guru menampal kad manila yang mengandungi pengertian istinjak.

2.      Guru menerangkan pengertian istinjak dengan panjang lebar.

3.      Guru meminta murid-murid membacakan pengertian istinjak secara berjemaah, mengikut kumpulan jantina dan secara individu.

4.      Guru menampal kad manila yang mengandungi hukum istinjak.

5.      Guru menjelaskan hukum istinjak.

6.      Guru meminta meminta 4 orang menyatakan tempat-tempat yang sesuai untuk melakukan istinjak.



Teknik:
Soal jawab, perbincangan.



Bahan Bantu Mengajar (BBM):
Kad manila, kad tulisan.



Nilai murni:
Teliti, jujur, sopan, bertanggungjawab.



Langkah 2
(10 minit)
Aktiviti:

Menyanyi doa masuk tandas dan keluar tandas.





1.      Guru mengajak murid untuk melakukan aktiviti.

2.      Guru menayangkan kalimah doa melalui LCD.

3.      Murid-murid diminta mendengar lagu terlebih dahulu.

4.      Murid-murid dikehendaki menyanyi bersama-sama guru dan mengulanginya beberapa kali.



Teknik:
Audio dan visual, belajar sambil bermain.



Bahan Bantu Mengajar (BBM):
LCD, komputer riba, pembesar suara.



Nilai murni:
Bekerjasama, positif, kasih-sayang, berdisiplin, ikhlas.



Langkah 3
(5 minit)
Penilaian.


Cadangan soalan:

1.      Apakah erti istinjak?

2.      Berikan hukum kita melakukan istinjak?


Saranan jawapan:

1.      Bersuci daripada najis dengan sebab telah membuang air kecil atau membuang air besar.

2.      Semua orang Islam lelaki dan perempuan wajib beristinjak.



1.      Guru mengajukan beberapa soalan bagi menilai pemahaman murid berdasarkan tajuk pengajaran.

2.      Guru meminta murid menjawab megikut kefahaman masing-masing atau menggunakan ayat sendiri.

3.      Guru meminta beberapa orang murid untuk menjawab soalan.
Teknik:
Soal jawab



Nilai murni:
Berani, jujur, prihatin.
Penutup
(3 minit)
Rumusan.
1.      Guru memberikan rumusan tentang tajuk pengajaran hari ini kepada murid.

2.      Guru turut menyelitkan pengajaran dan hikmah yang dapat diperolehi hasil pengajaran pada hari ini.



Nilai murni:
Amanah, cekal, tenang.



CATATAN REFLEKSI:    Saya berasa bersyukur kerana pembelajaran yan g dijalankan pada hari ini sangat bermakna kerana pada pandangan saya semua murid mendapat panduan berharga yang boleh mereka praktikkan dalam kehidupan seharian selain rasa ingin tahu murid yang sangat menggalakkan semasa sesi soal jawab tadi namun saya merasakan bahan bantu mengajar(BBM) boleh ditambah baik lagi dalam meningkatkan kefahaman murid.


ULASAN PENSYARAH GURU PEMBIMBING:


Disediakan Oleh:

Norhaslinda binti Omar





RPH 4

(MINGGU KEEMPAT)


TUJUAN ISTINJAK.

ALAT-ALAT BERISTINJAK.

CARA BERISTINJAK. 




Nama Guru                 :           Norhaslinda binti Omar
Mata Pelajaran           :           Ibadat
Kelas                            :           1 Zuhdi
Tarikh                          :           28 Januari 2018
Masa                           :           2.30 – 3.00 petang
Bilangan                      :           30/30 orang
Tajuk                           :           Tujuan istinjak, alat-alat istinjak, cara beristinjak.
Kemahiran                  :           Membaca, mendengar, melihat, menulis, bercakap
Kaedah                        :           Perbincangan.


PENGETAHUAN SEDIA ADA :
1.      Murid-murid telah mengetahui serba sedikit tentang istinjak.
2.      Murid-murid pernah melakukan istinjak.
3.      Murid-murid sudah ada kemahiran melakukan istinjak.


HASIL PEMBELAJARAN :
1.      Menyebut alat-alat beristinjak.
2.      Menyatakan 3 tujuan melakukan istinjak.
3.      Menunjukkan cara beristinjak yang betul.


KEMAHIRAN BERFIKIR :          Merumus isi pelajaran, membandingbeza, meramal, mentafsirkan, soal-jawab, membuat perkaitan, mengkategori.


PENERAPAN NILAI       :           Cekal, ingin tahu, sabar, taat, hormat, berani, rajin, patuh, teliti, prihatin, berdikari, bekerjasama, berfikiran terbuka, khusyuk, disiplin.


BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) :          Pembesar suara, LCD, kad gambar, kad manila, kad tulisan, komputer riba, lembaran aktiviti, kotak.


STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :

                         
LANGKAH/
MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
CATATAN
Pendahuluan
(2 minit)
Ucapan salam dan bacaan doa:

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


اَللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ



1.      Guru meminta murid-murid membaca doa belajar.

2.      Guru dan murid-murid bersama-sama membaca doa belajar
Nilai murni:
Insaf
Set Induksi
(3 minit)
Tayangan video berita televisyen kanak-kanak yang keracunan makanan dan dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Cadangan soalan:

1.      Apakah yang kamu dapat lihat daripada video tadi?


Saranan jawapan:

1.      Video berita televisyen  yang menunjukkan kanak-kanak yang keracunan makanan dan dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan.



1.      Guru mempertontonkan tayangan video berita televisyen kanak-kanak yang   keracunan makanan dan dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan .

2.      Guru meminta murid-murid menumpukan perhatian terhadap video yang ditayangkan.

3.      Setelah video selesai ditayangkan, guru mengajukan beberapa soalan berhubung video yang telah ditonton dan beberapa orang murid menjawab soalan tersebut.

4.      Guru memberikan penjelasan tentang video yang telah ditonton untuk memberikan kefahaman kepada murid.

5.      Guru mengaitkan video yang dtonton dengan tajuk pengajaran hari ini.

Teknik:
Soal jawab



Bahan Bantu Mengajar (BBM):
Komputer riba, LCD, pembesar suara.



Nilai murni:
Tekun, muhasabah diri.
Langkah 1
(7 minit)
1.      Tujuan Istinjak.

a.      Untuk menjaga kebersihan diri.
b.      Supaya Allah terima ibadat kita.
c.       Untuk menghindarkan penyakit.
d.      Mendapat pahala dan keberkatan.
e.      Untuk menghilangkan bau busuk.
f.        Supaya orang lain selesa berada dekat kita.


2.      Alat-alat beristinjak.

Air, sesuatu yang suci, kesat dan bukan daripada benda-benda yang dihormati. Contoh alat seperti:

a.      Air
b.      Batu
c.       Kulit kayu
d.      Tisu
e.      Daun kering
f.        Kulit yang telah disamak.


3.      Cara beristinjak

1.      Menggunakan air.

Membasuh qubul dan dubur menggunakan air yang bersih (mutlak) hingga hilang bau, warna dan rasa.

2.      Menggunakan benda yang kesat.

Dikesat qubul dan dubur hingga hilang ‘ain najis.



1.      Guru memaparkan visual pada LCD tentang gambaran-gambaran tujuan kita beristinjak.

2.      Guru menerangkan tujuan istinjak pada setiap satu visual.

3.      Guru meminta murid-murid memberikan 4 akibat jika kita mengabaikan istinjak.

4.      Guru menunjukkan kad gambar dan barang maujud berkenaan alat-alat yang diguna untuk beristinjak.

5.      Guru menjelaskan ciri-ciri yang terdapat pada setiap alat yang membolehkan ia dibuat beristinjak.

6.      Guru meminta murid mengulang menyebut alat-alat istinjak tersebut.

7.      Guru menampal kad carta yang mengandungi cara beristinjak di papan putih.

8.      Guru menerangkan cara beristinjak yang betul pad murid.

9.      Murid-murid diminta menyebut cara beristinjak  secara beramai-ramai dan secara individu.
Teknik:
Soal jawab, perbincangan.



Bahan Bantu Mengajar (BBM):
Komputer riba, LCD, kad carta,kad manila, kad tulisan.



Nilai murni:
Prihatin, cekal, sabar, tenang, sopan.



Langkah 2
(10 minit)
Aktiviti:

Mencari benda tersembunyi.
1.      Guru mengajak murid untuk melakukan aktiviti.

2.      Guru pelaksanaan dan peraturan aktiviti.

3.      Guru meletakkan gambar-gambar dalam 4 buah kotak yang bersampul..

4.      Gambar-gambar tersebut merupakan alat-alat yang boleh dibuat istinjak dan alat yang tidak boleh dibuat istinjak.

5.      Setiap kumpulan diminta mengambil 2 keping gambar bagi setiap kotak dengan mata ditutup.

6.      Setiap kumpulan akan mendapat jumlah 8 keping gambar dan dikehendaki mengkelas gambar tersebut pada kategori alat istinjak atau alat bukan istinjak.

7.      Kumpulan yang memberikan jawapan tepat akan mendapat hadiah istimewa.



Teknik:
Belajar sambil bermain.



Bahan Bantu Mengajar (BBM):
Kotak, kad gambar, lembaran aktiviti.



Nilai murni:
Gigih, bersungguh-sungguh, berdisiplin, berani, tabah.



Langkah 3
(5 minit)
Penilaian.


Cadangan soalan:

1.      Berikan tujuan-tujuan istinjak?

2.      Bagi contoh-contoh alat istinjak?

3.      Terangkan bagaimana cara beristinjak yang betul?


Saranan jawapan:

1.      Untuk menjaga kebersihan diri, supaya Allah terima ibadat kita, untuk menghindarkan penyakit, mendapat pahala dan keberkatan, untuk menghilangkan bau busuk, supaya orang lain selesa berada dekat kita.

2.      Air, batu, kulit kayu, kulit yang telah disamak, daun kering, tisu.

3.      Hendaklah membasuh qubul dan dubur menggunakan air yang bersih (mutlak) hingga hilang bau, warna dan rasa.

Jika tiada air, boleh menggunakan benda kesat. Qubul dan dubur dikesat hingga hilang ‘ain najis.



1.      Guru mengajukan beberapa soalan bagi menilai pemahaman murid berdasarkan tajuk pengajaran.

2.      Guru meminta murid menjawab megikut kefahaman masing-masing atau menggunakan ayat sendiri.

3.      Guru meminta beberapa orang murid untuk menjawab soalan.
Teknik:
Soal jawab



Nilai murni:
Ikhlas, rajin, teliti.
Penutup
(3 minit)
Rumusan.
1.      Guru memberikan rumusan tentang tajuk pengajaran hari ini kepada murid.

2.      Guru turut menyelitkan pengajaran dan hikmah yang dapat diperolehi hasil pengajaran pada hari ini.



Nilai murni:
Berdikari, syukur, bersemangat.



CATATAN REFLEKSI:    Saya berasa bersyukur kerana pembelajaran yang dijalankan pada hari ini sangat menyeronokkan kerana pada pandangan saya semua murid menggunakan peluang sebaiknya semasa slot aktiviti di mana dapat menimba pengetahuan semasa bermain serta kawalan kelas dapat saya atasi pada tahap yang lebih baik dari sebelum ini namun boleh dikatakan pembelajaran hari ini sangat baik.


ULASAN PENSYARAH GURU PEMBIMBING:



Disediakan Oleh:

Norhaslinda binti Omar






RPH 5

(MINGGU KELIMA)


PENGERTIAN SIWAK.

TUJUAN SIWAK.

HUKUM SIWAK.




Nama Guru                 :           Norhaslinda binti Omar
Mata Pelajaran           :           Ibadat
Kelas                            :           1 Zuhdi
Tarikh                          :           4 Februari 2018
Masa                           :           2.30 – 3.00 petang
Bilangan                      :           30/30 orang
Tajuk                           :           Pengertian siwak, tujuan siwak, hukum siwak.
Kemahiran                  :           Membaca, mendengar, melihat, menulis, bercakap
Kaedah                        :           Perbincangan.


PENGETAHUAN SEDIA ADA :
1.      Murid-murid telah mengetahui serba sedikit tentang siwak.
2.      Murid-murid pernah melakukan siwak di rumah.
3.      Murid-murid sudah ada kemahiran melakukan siwak.


HASIL PEMBELAJARAN :
1.      Menyebut pengertian siwak.
2.      Menyatakan 3 tujuan siwak.
3.      Menunjukkan cara siwak yang betul.


KEMAHIRAN BERFIKIR :          Mentafsirkan, soal-jawab, merumus isi pelajaran, membandingbeza, meramal, membuat perkaitan, mengkategori.

PENERAPAN NILAI       :           Bekerjasama, berfikiran terbuka, cekal, berani, amanah, ingin tahu, sabar, taat, syukur, rajin, patuh, teliti, berdikari, khusyuk, ikhlas.


BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) :           Kad tulisan, komputer riba, pembesar suara, LCD, kad gambar, kad manila, kad carta.


STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :


LANGKAH/
MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
CATATAN
Pendahuluan
(2 minit)
Ucapan salam dan bacaan doa:

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


اَللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ



1.      Guru meminta murid-murid membaca doa belajar.

2.      Guru dan murid-murid bersama-sama membaca doa belajar
Nilai murni:
Khusyuk
Set Induksi
(3 minit)
Tayangan video iklan televisyen tentang beberapa orang sakit gigi semasa hendak menjamah makanan.


Cadangan soalan:

1.      Apakah yang kamu dapat lihat daripada video tadi?


Saranan jawapan:

1.      Video iklan televisyen tentang beberapa orang sakit gigi semasa hendak menjamah makanan.



1.      Guru mempertontonkan tayangan video iklan televisyen tentang beberapa orang sakit gigi semasa hendak menjamah makanan.

2.      Guru meminta murid-murid menumpukan perhatian terhadap video yang ditayangkan.

3.      Setelah video selesai ditayangkan, guru mengajukan beberapa soalan berhubung video yang telah ditonton dan beberapa orang murid menjawab soalan tersebut.

4.      Guru memberikan penjelasan tentang video yang telah ditonton untuk memberikan kefahaman kepada murid.

5.      Guru mengaitkan video yang dtonton dengan tajuk pengajaran hari ini.



Teknik:
Soal jawab



Bahan Bantu Mengajar (BBM):
Pembesar suara, LCD, komputer riba.



Nilai murni:
Fokus, ikhlas.
Langkah 1
(7 minit)
1.      Pengertian siwak.

Membersihkan mulut dan gigi. Ia juga dinamakan bersugi.

2.      Tujuan siwak.

a.      Supaya mulut dan gigi sentiasa bersih.
b.      Supaya mulut kita tidak berbau busuk.
c.       Supaya gigi kita tidak rosak.

3.      Hukum siwak.

Sunat muakadah (sunat yang dituntut).
Tetapi untuk orang berpuasa, makruh bersiwak selepas gelincir matahari.



1.      Guru menampal kad manila pada papan putih yang mengandungi pengertian siwak.

2.      Guru menerangkan pengertian siwak dengan lebih lanjut.

3.      Guru meminta murid-murid membacakan pengertian siwak secara beramai-ramai, secara berkumpulan dan secara individu.

4.      Guru memaparkan kad carta tentang tujuan siwak.

5.      Guru menjelaskan tujuan-tujuan bersiwak.

6.      Guru meminta murid menunjukkan gigi masing-masing dan kesan kita bersiwak.

7.      Guru menunjukkan kad tulisan yang mengandungi hukum siwak.

8.      Guru menerangkan hukum siwak.

9.      Guru bertanya adakah murid-murid telah bersiwak setelah bangun tidur pagi tadi.

10.  Guru menjelaskan kenapa siwak perlu dilakukan setiap hari.



Teknik:
Soal jawab, perbincangan.



Bahan Bantu Mengajar (BBM):
Kad carta, kad manila, kad tulisan.



Nilai murni:
Jujur, bertanggungjawab, ikhlas, berfikiran terbuka.



Langkah 2
(10 minit)
Aktiviti:

Mewarna grafik lembaran aktiviti secara individu yang bertemakan ‘Gigi Saya’.
1.      Guru mengajak murid untuk melakukan aktiviti.

2.      Guru menerangkan pelaksanaan aktiviti.

3.      Guru mengedarkan lembaran aktiviti berbentuk grafik ‘Gigi Saya’.

4.      Murid-murid dibekalkan dengan kryon untuk mewarna lembaran aktiviti.

5.      Setiap murid dikehendaki mewarna lembaran aktiviti dan menyiapkannya.

6.      3 grafik yang paling cantik diwarna akan diberikan hadiah istimewa,   selainnya diberi hadiah saguhati.

7.      Guru menerangkan simbolik lukisan tersebut sebagai gigi kita sendiri yang sihat dan cantik jika dijaga dengan baik.



Teknik:
mewarna.



Bahan Bantu Mengajar (BBM):
Lembaran aktiviti, kryon.



Nilai murni:
Tabah, bersemangat, gigih, bersungguh-sungguh.



Langkah 3
(5 minit)
Penilaian.


Cadangan soalan:

1.      Sebutkan pengertian siwak?

2.      Berikan 3 tujuan siwak?

3.      Apakah hukum melakukan siwak?


Saranan jawapan:

1.      Membersihkan mulut dan gigi. Ia juga dinamakan bersugi.

2.      Supaya mulut dan gigi sentiasa bersih, supaya mulut kita tidak berbau   busuk, supaya gigi kita tidak rosak.

3.      Sunat muakadah (sunat yang dituntut)



1.      Guru mengajukan beberapa soalan bagi menilai pemahaman murid   berdasarkan tajuk pengajaran.

2.      Guru meminta murid menjawab megikut kefahaman masing-masing atau menggunakan ayat sendiri.

3.      Guru meminta beberapa orang murid untuk menjawab soalan.
Teknik:
Soal jawab



Nilai murni:
Jujur, prihatin, telus, teliti.
Penutup
(3 minit)
Rumusan.
1.      Guru memberikan rumusan tentang tajuk pengajaran hari ini kepada   murid.

2.      Guru turut menyelitkan pengajaran dan hikmah yang dapat diperolehi hasil pengajaran pada hari ini.



Nilai murni:
Insaf, tabah, ikhlas.



CATATAN REFLEKSI:    Saya berasa bersyukur kerana pembelajaran yang dijalankan pada hari ini sangat menggalakkan kerana pada pandangan saya semua murid dapat menikmati pembelajaran hari ini dengan lebih baik baik daripada set induksi mahupun daripada sudut aktiviti yang dijalankan namun peralatan mewarna perlu saya pesan agar muurid dapat menyediakannya sendiri sekiranya berkemampuan untuk meningkatkan kelancaran aktiviti.


 ULASAN PENSYARAH GURU PEMBIMBING:



Disediakan Oleh:

Norhaslinda binti Omar







RPH 6 

(MINGGU KEENAM)


KELEBIHAN SIWAK.

ALAT-ALAT SIWAK.

CARA-CARA SIWAK.




Nama Guru                 :           Norhaslinda binti Omar
Mata Pelajaran           :           Ibadat
Kelas                            :           1 Zuhdi
Tarikh                          :           11 Februari 2018
Masa                           :           2.30 – 3.00 petang
Bilangan                      :           30/30 orang
Tajuk                           :           Pengertian siwak, hukum siwak.
Kemahiran                  :           Membaca, mendengar, melihat, menulis, bercakap
Kaedah                        :           Perbincangan, amali dan demonstrasi.


PENGETAHUAN SEDIA ADA :
1.      Murid-murid telah mengetahui serba sedikit tentang siwak.
2.      Murid-murid pernah melakukan siwak di rumah.
3.      Murid-murid sudah ada kemahiran melakukan siwak.


HASIL PEMBELAJARAN :
1.      Menyebut alat-alat  yang digunakan untuk bersiwak.
2.      Menyatakan 3 kelebihan siwak.
3.      Menunjukkan cara-cara bersiwak yang betul.


KEMAHIRAN BERFIKIR :          Membandingbeza, mentafsirkan, membuat perkaitan, soal-jawab, merumus isi pelajaran, mengkategori, meramal.


PENERAPAN NILAI       :           Ikhlas, bekerjasama, rajin, berfikiran terbuka, teliti, cekal, taat, berani, amanah, ingin tahu, sabar, patuh, berdikari, khusyuk, syukur.


BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) :               Kad tulisan, komputer riba, pembesar suara, LCD, kad gambar, kad manila, kad carta.


STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :


LANGKAH/
MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
CATATAN
Pendahuluan
(2 minit)
Ucapan salam dan bacaan doa:

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


اَللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ



1.      Guru meminta murid-murid membaca doa belajar.

2.      Guru dan murid-murid bersama-sama membaca doa belajar
Nilai murni:
Insaf
Set Induksi
(3 minit)
Tayangan video sedutan cerita upin ipin episod ‘Gigi Susu’.


Cadangan soalan:

1.      Apakah yang kamu dapat lihat daripada video tadi?


Saranan jawapan:

1.      Video menunjukkan kawan-kawan upin ipin bercerita, ada yang menggunakan arang dan kulit limau untuk bersihkan gigi pada masa dahulu.



1.      Guru mempertontonkan tayangan video sedutan cerita upin ipin episod ‘Gigi Susu’.

2.      Guru meminta murid-murid menumpukan perhatian terhadap video yang ditayangkan.

3.      Setelah video selesai ditayangkan, guru mengajukan beberapa soalan   berhubung video yang telah ditonton dan beberapa orang murid menjawab soalan tersebut.

4.      Guru memberikan penjelasan tentang video yang telah ditonton untuk memberikan kefahaman kepada murid.

5.      Guru mengaitkan video yang dtonton dengan tajuk pengajaran hari ini.

Teknik:
Soal jawab



Bahan Bantu Mengajar (BBM):
LCD, komputer riba, pembesar suara.



Nilai murni:
Khusyuk, tenang.
Langkah 1
(8 minit)
1.      Kelebihan siwak.

a.      Mendapat ganjaran pahala.
b.      Mencergaskan akal.
c.       Mencerahkan penglihatan.
d.      Melambatkan tumbuh uban.

2.      Alat-alat siwak.

a.      Berus gigi serta ubat gigi-alat yang biasa digunakan pada masa kini.
b.      Manggar kelapa-sering digunakan pada zaman dahulu.
c.       Benda yang kesat dan suci, seperti kain.
d.      Alat siwak yang mengikut sunnah nabi S.A.W. dengan menggunakan kayu arak.

3.      Cara-cara siwak.

a.      Membaca basmalah.
b.      Memulakan memberus gigi pada sebelah kanan mulut.
c.       Memberus dari atas ke bawah setiap celah-celah gigi di sebelah atas.
d.      Memberus dari bawah ke atas pada setiap celah-celah gigi di sebelah bawah.
e.      Diberuskan juga pada langit-langit, gusi dan lidah.



1.      Guru menunjukkan kad-kad gambar dan kad tulisan yang mengandungi tujuan siwak.

2.      Guru menerangkan satu persatu gambar.

3.      Guru meminta murid-murid memberi 2 kelebihan lain bersiwak.

4.      Guru memaparkan kad carta tentang alat-alat siwak.

5.      Guru menjelaskan alat-alat yang sesuai digunakan untuk bersiwak berpandukan carta.

6.      Guru juga menambah bahawa orang pada zaman dahulu menggunakan arang untuk putihkan gigi.

7.      Guru menayangkan video pada pancaran LCD tentang cara-cara bersiwak.

8.      Murid-murid diminta memberi perhatian semasa video ditayangkan.

9.      Guru menerangkan pentingnya cara memberus gigi atau bersiwak yang betul.




Teknik:
Soal jawab, perbincangan.



Bahan Bantu Mengajar (BBM):
Pembesar suara, komputer riba, LCD, kad carta, kad manila, kad tulisan.



Nilai murni:
Positif, jujur, berdikari, sabar, sopan.



Langkah 2
(9 minit)
Aktiviti:

Membuat demonstrasi cara-cara bersiwak yang betul.
1.      Guru mengajak murid untuk melakukan aktiviti.

2.      Guru menerangkan pelaksanaan aktiviti.

3.      Guru menayangkan replika gigi dan berus gigi (model).

4.      Murid-murid dibekalkan berus gigi kanak-kanak setiap seorang.

5.      Guru akan menunjukkan cara bersiwak yang betul menggunakan replika (model) tersebut.

6.      Murid diminta menggunakan berus gigi yang diberi untuk memberus gigi mereka mengikut cara yang ditunjuk oleh guru.

7.      Guru mengulang setiap langkah sebanyak 3 kali.

8.      Murid-murid diminta fokus dan menumpukan perhatian pada guru.



Teknik:
Masteri, demonstrasi.



Bahan Bantu Mengajar (BBM):
Model gigi, model berus gigi, berus gigi kanak-kanak (barang maujud).



Nilai murni:
Bersemangat, fokus, teliti, gigih, bersungguh-sungguh.



Langkah 3
(5 minit)
Penilaian.


Cadangan soalan:

1.      Berikan kelebihan siwak?

2.      Sebutkan 3 alat-alat untuk bersiwak?

3.      Apakah cara-cara yang dilakukan semasa bersiwak?


Saranan jawapan:

1.      Mendapat ganjaran pahala, mencergaskan akal, mencerahkan penglihatan, melambatkan tumbuh uban.

2.      Berus gigi, manggar kelapa, benda kesat seperti kain, kayu arak.



1.      Guru mengajukan beberapa soalan bagi menilai pemahaman murid berdasarkan tajuk pengajaran.

2.      Guru meminta murid menjawab megikut kefahaman masing-masing atau menggunakan ayat sendiri.

3.      Guru meminta beberapa orang murid untuk menjawab soalan.
Teknik:
Soal jawab



Nilai murni:
Amanah, patuh, sabar, hormat.
Penutup
(3 minit)
Rumusan.
1.      Guru memberikan rumusan tentang tajuk pengajaran hari ini kepada murid.

2.      Guru turut menyelitkan pengajaran dan hikmah yang dapat diperolehi hasil pengajaran pada hari ini.



Nilai murni:
Berhemah tinggi, ikhlas, berdisiplin.



CATATAN REFLEKSI:    Saya berasa bersyukur kerana pembelajaran yang dijalankan pada hari ini sangat menghiburkan kerana pada pandangan saya semua murid dapat mengambil panduan penting untuk digunakan dalam kehidupan mereka sehari-harian hasil daripada aktiviti yang dijalankan pada hari ini walaupun terdapat sedikit kekurangan yang perlu ditambah dari masa ke masa namun saya sangat berpuas hati dengan pembelajaran pada hari ini.


 ULASAN PENSYARAH GURU PEMBIMBING:



Disediakan Oleh:

Norahaslinda binti Omar







RPH 7

(MINGGU KETUJUH)


 PENGERTIAN WUDUK.

TUJUAN WUDUK.

HUKUM WUDUK. 


Nama Guru                 :           Norhaslinda binti Omar
Mata Pelajaran           :           Ibadat
Kelas                          :           1 Zuhdi
Tarikh                          :           18 Februari 2018
Masa                           :           2.30 – 3.00 petang
Bilangan                      :           30/30 orang
Tajuk                           :           Pengertian wuduk, tujuan wuduk, hukum wuduk.
Kemahiran                  :           Membaca, mendengar, melihat, menulis, bercakap
Kaedah                        :           Perbincangan, belajar sambil bermain.


PENGETAHUAN SEDIA ADA :
1.      Murid-murid telah mengetahui serba sedikit tentang wuduk.
2.      Murid-murid pernah melakukan wuduk.
3.      Murid-murid sudah ada kemahiran melakukan wuduk.
4.      Murid-murid pernah melihat aksi mengambil wuduk secara langsung atau tidak langsung.


HASIL PEMBELAJARAN :
1.      Menyebut pengertian wuduk.
2.      Menyatakan 3 tujuan berwuduk.
3.      Menunjukkan anggota-anggota wuduk yang terlibat.


KEMAHIRAN BERFIKIR :          Membayangkan, meramal, membandingbeza, soal-jawab, mentafsirkan, membuat perkaitan, mengkategori, merumus isi pelajaran.


PENERAPAN NILAI       :           Syukur, ingin tahu, sabar, patuh, ikhlas, bekerjasama, rajin, berfikiran terbuka, teliti, cekal, taat, berani, amanah, , berdikari, khusyuk, berhemah tinggi.


BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) :               Kad tulisan, komputer riba, pembesar suara, LCD, kad gambar, kad manila, kad carta.


STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :


LANGKAH/
MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
CATATAN
Pendahuluan
(2 minit)
Ucapan salam dan bacaan doa:

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


اَللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ



1.      Guru meminta murid-murid membaca doa belajar.

2.      Guru dan murid-murid bersama-sama membaca doa belajar
Nilai murni:
Khusyuk
Set Induksi
(3 minit)
Tayangan video azan di televisyen yang memaparkan orang bersolat di tempat yang berbeza.


Cadangan soalan:

1.      Apakah yang kamu dapat lihat daripada video tadi?


Saranan jawapan:

1.      Video menunjukkan orang melakukan solat di tempat yang berbeza-beza sperti surau, kapal terbang, tepi air terjun, pejabat.



1.      Guru mempertontonkan tayangan video azan di televisyen yang memaparkan orang bersolat di tempat yang berbeza.

2.      Guru meminta murid-murid menumpukan perhatian terhadap video yang ditayangkan.

3.      Setelah video selesai ditayangkan, guru mengajukan beberapa soalan berhubung video yang telah ditonton dan beberapa orang murid menjawab soalan tersebut.

4.      Guru memberikan penjelasan tentang video yang telah ditonton untuk memberikan kefahaman kepada murid.

5.      Guru mengaitkan video yang dtonton dengan tajuk pengajaran hari ini.



Teknik:
Soal jawab



Bahan Bantu Mengajar (BBM):
Komputer riba, LCD, pembesar suara.



Nilai murni:
Sabar, positif.
Langkah 1
(8 minit)
1.      Pengertian wuduk.

Pada bahasa bererti mengambil air sembahayang.

Pada syarak, ialah membasuh anggota tertentu dengan air yang bersih, dengan syarat dan rukun yang ditetapkan.


2.      Tujuan wuduk.

a.      Melakukan tawaf.
b.      Menunaikan solat.
c.       Menyampaikan khutbah.
d.      Membawa al-Quran.


3.      Hukum wuduk.

Wajib sebelum melakukan ibadat solat.


1.      Guru menunjukkan kad carta yang mengandungi pengertian wuduk yang lengkap.

2.      Guru menerangkan pengertian wuduk dengan terperinci.

3.      Guru meminta murid-murid membaca pengertian wuduk secara berjemaah, secara berkumpulan dan secara individu.

4.      Guru memaparkan kad gambar yang menunjukkan tujuan-tujuan wuduk.

5.      Guru menjelaskan tujuan wuduk pada setiap gambar.

6.      Guru berbincang dengan murid tentang tujuan berwuduk.

7.      Guru menayangkan visual petikan ayat al-Quran pada pancaran LCD.

8.      Guru menerangkan hukum wuduk setelah membacakan petikan ayat al-Quran tersebut.

9.      Guru memberi penekanan kepentingan wuduk pada ibadah solat.




Teknik:
Soal jawab, perbincangan.



Bahan Bantu Mengajar (BBM):
Kad carta, kad manila, kad tulisan, pembesar suara, komputer riba, LCD.



Nilai murni:
Jujur, berfikiran terbuka, tabah, berdikari, sabar.



Langkah 2
(9 minit)
Aktiviti:

Melengkapkan puzzle bergambar secara berkumpulan.
1.      Guru mengajak murid untuk melakukan aktiviti.

2.      Guru menerangkan pelaksanaan dan peraturan aktiviti.

3.      Guru mengagihkan sampul yang berisi cebisan puzzle bergambar pada setiap kumpulan. Gambar terdiri daripada anggota-anggota wuduk.

4.      Murid-murid dikehendaki menyelesaikan cantuman puzzle bergambar. Gambar penuh ditampal di depan sampul sebagai rujukan.

5.      Kumpulan yang berjaya melengkapkan puzzle dengan sempurna akan diberi hadiah istimewa, yang lain akan mendapat hadiah saguhati.



Teknik:
Belajar sambil bermain.



Bahan Bantu Mengajar (BBM):
Sampul kertas, puzzle bergambar.



Nilai murni:
Bersungguh-sungguh, cekal, bersemangat, teliti, tabah.



Langkah 3
(5 minit)
Penilaian.


Cadangan soalan:

1.      Berikan pengertian wuduk yang lengkap?

2.      Sebutkan anggota-anggota wuduk?

3.      Nyatakan tujuan-tujuan wuduk?

4.      Apakah hukum wuduk?


Saranan jawapan:

1.      Pada bahasa bererti mengambil air sembahayang.

Pada syarak, ialah membasuh anggota tertentu dengan air yang bersih, dengan syarat dan rukun yang ditetapkan.

2.      Muka, tangan hingga ke siku, sebahagian kepala, kaki hingga buku lali.

3.      Melakukan tawaf, melakukan solat, menyampaikan khutbah, membawa al-Quran.

4.      Wajib sebelum menunaikan ibadah solat.



1.      Guru mengajukan beberapa soalan bagi menilai pemahaman murid berdasarkan tajuk pengajaran.

2.      Guru meminta murid menjawab megikut kefahaman masing-masing atau menggunakan ayat sendiri.

3.      Guru meminta beberapa orang murid untuk menjawab soalan.
Teknik:
Soal jawab



Nilai murni:
Berdaya saing, proaktif, sabar, patuh.
Penutup
(3 minit)
Rumusan.
1.      Guru memberikan rumusan tentang tajuk pengajaran hari ini kepada murid.

2.      Guru turut menyelitkan pengajaran dan hikmah yang dapat diperolehi hasil pengajaran pada hari ini.



Nilai murni:
Sabar, hormat, sopan.



CATATAN REFLEKSI:    Saya berasa bersyukur kerana pembelajaran yang dijalankan pada hari ini sangat bermanfaat kerana pada pandangan saya semua murid dapat memberikan penumpuan yang baik dan konsisten sepanjang pembelajaran walaupun terdapat kepincangan sedikit tapi itu tidak mematahkan semangat saya untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik lagi pada masa-masa akan datang.


 ULASAN PENSYARAH GURU PEMBIMBING:



Disediakan Oleh:

Norhaslinda binti Omar






RPH 8

(MINGGU KELAPAN)


 KELEBIHAN WUDUK.

CARA-CARA BERWUDUK.



Nama Guru                 :           Norhaslinda binti Omar
Mata Pelajaran           :           Ibadat
Kelas                            :           1 Zuhdi
Tarikh                          :           25 Februari 2018
Masa                           :           2.30 – 3.00 petang
Bilangan                      :           30/30 orang
Tajuk                           :           Kelebihan wuduk, cara-cara berwuduk.
Kemahiran                  :           Membaca, mendengar, melihat, menulis, bercakap
Kaedah                        :           Perbincangan, tunjuk cara, demonstrasi.


PENGETAHUAN SEDIA ADA :
1.      Murid-murid telah mengetahui serba sedikit tentang wuduk.
2.      Murid-murid pernah melakukan wuduk.
3.      Murid-murid sudah mengetahui anggota wuduk.


HASIL PEMBELAJARAN :
1.      Menyebut fardu wuduk di mana ia merangkumi anggota wuduk.
2.      Menyatakan 3 kelebihan berwuduk.
3.      Demonstrasi cara-cara berwuduk yang sempurna.


KEMAHIRAN BERFIKIR :          Mengkategori, membayangkan, membuat perkaitan, meramal, membandingbeza, mentafsirkan, merumus isi pelajaran, soal-jawab.


PENERAPAN NILAI       :           Berhemah tinggi, rajin, amanah, berfikiran terbuka, syukur, ingin tahu, sabar, patuh, ikhlas, bekerjasama, teliti, cekal, taat, berani, berdikari, sopan.


BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) :               Kad tulisan, komputer riba, pembesar suara, LCD, kad gambar, kad manila, kad carta.


STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :


LANGKAH/
MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN 
PEMBELAJARAN
CATATAN
Pendahuluan
(2 minit)
Ucapan salam dan bacaan doa:

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


اَللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ



1.      Guru meminta murid-murid membaca doa belajar.

2.      Guru dan murid-murid bersama-sama membaca doa belajar
Nilai murni:
Insaf
Set Induksi
(3 minit)
Tayangan sedutan video seorang lelaki di luar masjid yang segera menuju ke tempat wuduk setelah mendengar azan.


Cadangan soalan:

1.      Apakah yang kamu dapat lihat daripada video tadi?


Saranan jawapan:

1.      Video menunjukkan seorang lelaki di luar masjid yang segera menuju ke tempat berwuduk setelah mendengar azan.



1.      Guru mempertontonkan tayangan sedutan video seorang lelaki di luar masjid yang segera menuju ke tempat wuduk setelah mendengar azan.

2.      Guru meminta murid-murid menumpukan perhatian terhadap video yang ditayangkan.

3.      Setelah video selesai ditayangkan, guru mengajukan beberapa soalan berhubung video yang telah ditonton dan beberapa orang murid menjawab soalan tersebut.

4.      Guru memberikan penjelasan tentang video yang telah ditonton untuk memberikan kefahaman kepada murid.

5.      Guru mengaitkan video yang dtonton dengan tajuk pengajaran hari ini.



Teknik:
Soal jawab



Bahan Bantu Mengajar (BBM):
Komputer riba, LCD, pembesar suara.



Nilai murni:
Prihatin, taat.
Langkah 1
(9 minit)
1.      Kelebihan wuduk.

a.      Dirinya dalam keadaan bersih dan suci.
b.      Mendapat ganjaran pahala.
c.       Mendapat perlindungan Allah.
d.      Menghapuskan dos-dosa kecil.


2.      Cara-cara berwuduk.

a.      Membaca basmalah.
b.      Membasuh tangan hingga pergelangan tangan.
c.       Berkumur-kumur.
d.      Menyedut air ke dalam hidung dan kemudian menghembuskannya.
e.      Membasuh muka serta berniat.
f.        Membasuh tangan kanan dan kiri hingga ke siku.
g.      Menyapu air pada sebahagian kepala.
h.      Membasuh telinga.
i.        Membasuh kaki kanan dan kiri hingga buku lali.
j.        tertib



1.      Guru menunjukkan kad carta yang mengandungi kelebihan berwuduk.

2.      Guru menerangkan kelebihan berwuduk secara ringkas.

3.      Guru menayangkan visual pada pancaran LCD yang menunjukkan cara-cara berwuduk.

4.      Guru meminta murid mengambil perhatian pada visual yang ditayangkan..

5.      Guru menjelaskan secara terperinci setiap langkah berwuduk pada visual.

6.      Guru turut memaparkan visual niat wuduk.

7.      Murid-murid diminta membaca niat wuduk secara beramai-ramai dan berkumpulan.




Teknik:
Soal jawab, perbincangan.



Bahan Bantu Mengajar (BBM):
Komputer riba, LCD, kad carta, kad manila, kad tulisan, pembesar suara.



Nilai murni:
Fokus, sabar, teliti, tenang, berfikiran terbuka, patuh.



Langkah 2
(8 minit)
Aktiviti:

Membuat demonstrasi wuduk secara beramai-ramai mengikut guru.
1.      Guru mengajak murid untuk melakukan aktiviti.

2.      Guru menerangkan pelaksanaan aktiviti.

3.      Guru menampal kad gambar cara wuduk mengikut susunan.

4.      Guru menerangkan cara wuduk berdasarkan kad gambar secara ringkas.

5.      Murid-murid diminta melakukan demonstrasi wuduk bersama-sama mengikut guru di hadapan.

6.      Murid-murid diminta menumpukan perhatian pada guru.



Teknik:
Belajar sambil bermain.



Bahan Bantu Mengajar (BBM):
Kad gambar.



Nilai murni:
Berdisiplin, taat, bersemangat, bersungguh-sungguh.



Langkah 3
(5 minit)
Penilaian.


Cadangan soalan:

1.      Berikan kelebihan wuduk?

2.      Sebutkan cara-cara berwuduk yang sempurna.


Saranan jawapan:

1.      Dirinya dalam keadaan bersih dan suci, mendapat ganjaran pahala, mendapat perlindungan Allah, menghapuskan dos-dosa kecil.

2.      Dimulai dengan:

a.      Membaca basmalah.
b.      Membasuh tangan hingga pergelangan tangan.
c.       Berkumur-kumur.
d.      Menyedut air ke dalam hidung dan kemudian menghembuskannya.
e.      Membasuh muka serta berniat.
f.        Membasuh tangan kanan dan kiri hingga ke siku.
g.      Menyapu air pada sebahagian kepala.
h.      Membasuh telinga.
i.        Membasuh kaki kanan dan kiri hingga buku lali.
j.        Tertib



1.      Guru mengajukan beberapa soalan bagi menilai pemahaman murid berdasarkan tajuk pengajaran.

2.      Guru meminta murid menjawab megikut kefahaman masing-masing atau menggunakan ayat sendiri.

3.      Guru meminta beberapa orang murid untuk menjawab soalan.
Teknik:
Soal jawab



Nilai murni:
Proaktif, patuh, berdaya saing, tolong-menolong.
Penutup
(3 minit)
Rumusan.
1.      Guru memberikan rumusan tentang tajuk pengajaran hari ini kepada murid.

2.      Guru turut menyelitkan pengajaran dan hikmah yang dapat diperolehi hasil pengajaran pada hari ini.



Nilai murni:
Berhemah tinggi, taat, sabar.



CATATAN REFLEKSI:    Saya berasa bersyukur kerana pembelajaran yang dijalankan pada hari ini sangat memberangsangkan kerana pada pandangan saya semua murid dapat memeberikan komitmen yang baik semasa aktiviti dijalankan disamping dapat membina pengetahuan dan pengalaman yang lebih baik dalam pembelajaran hari ini namun terdapat perkara yang perlu saya pertingkan lagi selepas ini.


 ULASAN PENSYARAH GURU PEMBIMBING:



Disediakan Oleh:

Norhaslinda binti Omar






RPH 9

(MINGGU KESEMBILAN)

 PENGERTIAN SOLAT.

TUJUAN SOLAT.

HUKUM MELAKUKAN SOLAT.



Nama Guru                 :           Norhaslinda binti Omar
Mata Pelajaran           :           Ibadat
Kelas                            :           1 Zuhdi
Tarikh                          :           4 Mac 2018
Masa                           :           2.30 – 3.00 petang
Bilangan                      :           30/30 orang
Tajuk                           :           Pengertian solat, tujuan solat, hukum melakukan solat.
Kemahiran                  :           Membaca, mendengar, melihat, menulis, bercakap
Kaedah                        :           Perbincangan, tunjuk cara, demonstrasi.


PENGETAHUAN SEDIA ADA :
1.      Murid-murid telah mengetahui serba sedikit tentang solat.
2.      Murid-murid pernah melakukan solat.
3.      Murid-murid sudah mempunyai kemahiran melakukan solat.


HASIL PEMBELAJARAN :
1.      Menyebut pengertian solat.
2.      Memberikan 3 tujuan solat.
3.      Menyebutkan 5 solat fardu dalam sehari.


KEMAHIRAN BERFIKIR :          Merumus isi pelajaran, soal-jawab, membandingbeza, mengkategori, membayangkan, membuat perkaitan, meramal, , mentafsirkan.


PENERAPAN NILAI       :           Bekerjasama, teliti, cekal, sabar, patuh, ikhlas, berhemah tinggi, rajin, amanah, berfikiran terbuka, syukur, ingin tahu, taat, berani, berdikari, sopan.


BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) :               Kad gambar, kad manila, kad carta, kad tulisan, komputer riba, pembesar suara, LCD.


STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :


LANGKAH/
MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
CATATAN
Pendahuluan
(2 minit)
Ucapan salam dan bacaan doa:

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


اَللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ



1.      Guru meminta murid-murid membaca doa belajar.

2.      Guru dan murid-murid bersama-sama membaca doa belajar
Nilai murni:
Khusyuk
Set Induksi
(3 minit)
Tayangan sedutan video televisyen azan yang menyiarkan sekumpulan murid sekolah pergi ke surau setelah mendengar azan.


Cadangan soalan:

1.      Apakah yang kamu dapat lihat daripada video tadi?


Saranan jawapan:

1.      Video menunjukkan sekumpulan murid sekolah pergi ke surau setelah mendengar azan.



1.      Guru mempertontonkan tayangan sedutan video televisyen azan yang menyiarkan sekumpulan murid sekolah pergi ke surau setelah mendengar azan.

2.      Guru meminta murid-murid menumpukan perhatian terhadap video yang ditayangkan.

3.      Setelah video selesai ditayangkan, guru mengajukan beberapa soalan   berhubung video yang telah ditonton dan beberapa orang murid menjawab soalan tersebut.

4.      Guru memberikan penjelasan tentang video yang telah ditonton untuk memberikan kefahaman kepada murid.

5.      Guru mengaitkan video yang dtonton dengan tajuk pengajaran hari ini.



Teknik:
Soal jawab



Bahan Bantu Mengajar (BBM):
LCD, pembesar suara, komputer riba.



Nilai murni:
Patuh, fokus, tenang.
Langkah 1
(9 minit)
1.      Pengertian solat.

Pada bahasa ialah doa (permohonan).

Pada syarak adalah beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbiratul   ihram dan disudahi dengan salam.


2.      Tujuan solat.

a.      Untuk menunaikan kewajipan sebagai hamba Allah.
b.      Untuk menyatakan rasa syukur atas nikmat Allah.
c.       Untuk mendekatkan diri kepada Allah.
d.      Untuk memohon hajat kepada Allah.
e.      Agar mendapat balasan nikmat daripada Allah.

3.      Hukum melakukan solat fardu.

Wajib dan menjadi fardu ain ke atas setiap lelaki dan perempuan.



1.      Guru menampal kad manila yang mengandungi pengertian solat.

2.      Guru menerangkan pengertian solat.

3.      Guru meminta murid membaca pengertian solat secara beramai-ramai, berkumpulan mengikut jantina dan secara individu.

4.      Guru memaparkan kad carta yang mengandungi tujuan-tujuan solat.

5.      Guru menjelaskan tujuan-tujuan solat dengan lebih lanjut.

6.      Guru menayangkan visual petikan ayat al-Quran pada pancaran LCD.

7.      Guru menerangkan hukum solat berdasarkan petikan ayat al-Quran tersebut.

8.      Murid-murid diminta memeberi tumpuan pada visual.




Teknik:
Soal jawab, perbincangan.



Bahan Bantu Mengajar (BBM):
Kad carta, kad manila, kad tulisan, komputer riba, LCD, pembesar suara.



Nilai murni:
Berfikiran terbuka, patuh, prihatin, sabar, teliti.



Langkah 2
(8 minit)
Aktiviti:

Menyanyi lagu solat fardu 5 waktu.
1.      Guru mengajak murid untuk melakukan aktiviti.

2.      Guru menerangkan pelaksanaan aktiviti.

3.      Guru menayangkan video pada pancaran LCD.

4.      Murid-murid diminta mendengar lagu terlebih dahulu.

5.      Murid-murid  diminta menyanyi bersama-sama guru.

6.      Guru meminta murid menyebut 5 solat fardu secara individu.



Teknik:
Belajar sambil bermain.



Bahan Bantu Mengajar (BBM):
Komputer riba, LCD, pembesar suara, kad tulisan.



Nilai murni:
Fokus, bekerjasama, berdisiplin, taat, bersemangat, bersungguh-sungguh.



Langkah 3
(5 minit)
Penilaian.


Cadangan soalan:

1.      Nyatakan pengertian solat?

2.      Sebutkan 3 tujuan solat?

3.      Apakah hukum solat?


Saranan jawapan:

1.      Pada bahasa ialah doa (permohonan).

Pada syarak adalah beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam.

2.      Untuk menunaikan kewajipan sebagai hamba Allah, untuk menyatakan rasa   syukur atas nikmat Allah, untuk mendekatkan diri kepada Allah, untuk memohon hajat kepada Allah, agar mendapat balasan nikmat daripada Allah.

3.      Wajib dan menjadi fardu ain ke atas setiap lelaki dan perempuan.



1.      Guru mengajukan beberapa soalan bagi menilai pemahaman murid berdasarkan tajuk pengajaran.

2.      Guru meminta murid menjawab megikut kefahaman masing-masing atau menggunakan ayat sendiri.

3.      Guru meminta beberapa orang murid untuk menjawab soalan.
Teknik:
Soal jawab



Nilai murni:
Berfikiran terbuka, berani, kreatif.
Penutup
(3 minit)
Rumusan.
1.      Guru memberikan rumusan tentang tajuk pengajaran hari ini kepada murid.

2.      Guru turut menyelitkan pengajaran dan hikmah yang dapat diperolehi hasil pengajaran pada hari ini.



Nilai murni:
Tenang, toleransi, tabah.



CATATAN REFLEKSI:    Saya berasa bersyukur kerana pembelajaran yang dijalankan pada hari ini sangat menyeronokkan kerana pada pandangan saya semua murid dapat memberikan kerjasama yang baik semasa aktiviti dijalankan kesan daripada tarikan tumpuan daripada bahan bantu mengajar(BBM) tadi seterusnya membuatkan usaha saya berbaloi walaupun bole ditambah baik lagi pada masa akan datang.


 ULASAN PENSYARAH GURU PEMBIMBING:



Disediakan Oleh:

Norhaslinda binti Omar





RPH 10

(MINGGU KESEPULUH)


 PANDUAN MENUNAIKAN SOLAT.




Nama Guru                 :           Norhaslinda binti Omar
Mata Pelajaran           :           Ibadat
Kelas                            :           1 Zuhdi
Tarikh                          :           11 Mac 2018
Masa                           :           2.30 – 3.00 petang
Bilangan                      :           30/30 orang
Tajuk                           :           Panduan menunaikan solat.
Kemahiran                  :           Membaca, mendengar, melihat, menulis, bercakap
Kaedah                        :           Perbincangan, tunjuk cara, demonstrasi.


PENGETAHUAN SEDIA ADA :
1.      Murid-murid telah mengetahui serba sedikit tentang solat.
2.      Murid-murid pernah melakukan solat.
3.      Murid-murid sudah mengetahui pengertian solat.


HASIL PEMBELAJARAN :
1.      Menyebut niat solat fardu.
2.      Memberikan 5 solat fardu dan rakaatnya..
3.      Demonstrasi solat fardu secara sempurna dan tertib.


KEMAHIRAN BERFIKIR :          Membuat perkaitan, meramal, , mentafsirkan, merumus isi pelajaran, soal-jawab, membandingbeza, mengkategori, membayangkan.


PENERAPAN NILAI       :           Ingin tahu, taat, berani, berdikari, sopan, bekerjasama, teliti, cekal, sabar, patuh, ikhlas, berhemah tinggi, rajin, amanah, berfikiran terbuka, syukur.


BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) :               Komputer riba, pembesar suara, LCD, kad gambar, kad manila, kad carta, kad tulisan.



STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :


LANGKAH/
MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
CATATAN
Pendahuluan
(2 minit)
Ucapan salam dan bacaan doa:

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


اَللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ



1.      Guru meminta murid-murid membaca doa belajar.

2.      Guru dan murid-murid bersama-sama membaca doa belajar
Nilai murni:
Insaf  
Set Induksi
(3 minit)
Tayangan video drama bertemakan bulan ramadhan.


Cadangan soalan:

1.      Apakah yang kamu dapat lihat daripada video tadi?


Saranan jawapan:

1.      Video menunjukkan orang kampung yang berjalan kaki dengan berpakaian telekung dan berkain pelekat menuju ke masjid.



1.      Guru mempertontonkan tayangan video drama bertemakan bulan ramadhan.

2.      Guru meminta murid-murid menumpukan perhatian terhadap video yang ditayangkan.

3.      Setelah video selesai ditayangkan, guru mengajukan beberapa soalan berhubung video yang telah ditonton dan beberapa orang murid menjawab soalan tersebut.

4.      Guru memberikan penjelasan tentang video yang telah ditonton untuk memberikan kefahaman kepada murid.

5.      Guru mengaitkan video yang dtonton dengan tajuk pengajaran hari ini.



Teknik:
Soal jawab



Bahan Bantu Mengajar (BBM):
Komputer riba, LCD, pembesar suara.



Nilai murni:
Taat, fokus, hormat.
Langkah 1
(8 minit)
1.      Panduan menunaikan solat.

a.      Subuh-2 rakaat.
b.      Zohor-4 rakaat.
c.       Asar-4 rakaat.
d.      Maghrib-3 rakaat.
e.      Isyak-4 rakaat.

2.      Cara-cara bersolat.

a.      Berdiri tegak dada meghadap kiblat.
b.      Takbiratul ihram sambil berniat.
c.       Membaca surah al-fatihah.
d.      Rukuk serta tomakninah.
e.      Iktidal serta tomakninah.
f.        Sujud serta tomakninah.
g.      Duduk antara 2 sujud serta tomakninah.
h.      Tasyahhud awal.
i.        Tasyahhud akhir.
j.        Memberi salam
k.       Qunut (semasa solat subuh sahaja).



1.      Guru menampal kad carta yang mengandungi bilangan rakaat solat fardu.

2.      Guru menerangkan bilangan rakaat setiap solat fardu serta niatnya..

3.      Guru meminta murid mengikut guru membaca niat dan mengulangnya secara beramai-ramai.

4.      Guru menayangkan video cara-cara solat yang sempurna.

5.      Guru meminta murid fokus dan menumpukan sepenuh perhatian pada video tersebut.

6.      Guru menampal kad carta cara-cara solat mengikut susunan.

7.      Guru meminta 3 orang murid menyebut cara-cara solat mengikut susunan pada carta.




Teknik:
Soal jawab, perbincangan.



Bahan Bantu Mengajar (BBM):
Komputer riba, LCD, pembesar suara, kad carta, kad manila, kad tulisan.



Nilai murni:
Toleransi, sabar, khusyuk, prihatin, taat.



Langkah 2
(11 minit)
Aktiviti:

Demostrasi solat maghrib secara beramai-ramai.
1.      Guru mengajak murid untuk melakukan aktiviti.

2.      Guru menerangkan pelaksanaan aktiviti.

3.      Guru meminta murid berbaris membuat barisan saf. Lelaki di saf hadapan, perempuan di saf belakang.

4.      Murid melakukan demonstrasi solat sambil dipantau oleh guru.

5.      Guru memperbetulkan bacaan sekiranya salah.

6.      Guru juga memperbetulkan pergerakan dan keadaan fizikal murid sekiranya perlu.



Teknik:
Belajar sambil bermain.



Bahan Bantu Mengajar (BBM):
pembaris.



Nilai murni:
Fokus, Bersemangat, bersungguh-sungguh, bekerjasama, berdisiplin, patuh.



Langkah 3
(4 minit)
Penilaian.


Cadangan soalan:

1.      Sebutkan bilangan rakaat solat fardu?

2.      Terangkan cara-cara solat secara ringkas?


Saranan jawapan:

3.      Solat subuh 2 rakaat, solat zohor 4 rakaat, solat asar 4 rakaat, solat maghrib 3 rakaat, solat isyak 4 rakaat.

4.      Dimulakan dengan:

a.      Berdiri tegak dada meghadap kiblat.

b.      Takbiratul ihram sambil berniat.

c.       Membaca surah al-fatihah.

d.      Rukuk serta tomakninah.

e.      Iktidal serta tomakninah.

f.        Sujud serta tomakninah.

g.      Duduk antara 2 sujud serta tomakninah.

h.      Tasyahhud awal.

i.        Tasyahhud akhir.

j.        Memberi salam



1.      Guru mengajukan beberapa soalan bagi menilai pemahaman murid berdasarkan tajuk pengajaran.

2.      Guru meminta murid menjawab megikut kefahaman masing-masing atau menggunakan ayat sendiri.

3.      Guru meminta beberapa orang murid untuk menjawab soalan.
Teknik:
Soal jawab



Nilai murni:
Berdaya saing, kreatif, berani.
Penutup
(2 minit)
Rumusan.
1.      Guru memberikan rumusan tentang tajuk pengajaran hari ini kepada murid.

2.      Guru turut menyelitkan pengajaran dan hikmah yang dapat diperolehi hasil pengajaran pada hari ini.



Nilai murni:
Tenang, insaf, sabar.



CATATAN REFLEKSI:    Saya berasa bersyukur kerana pembelajaran yang dijalankan pada hari ini sangat bermakna kerana pada pandangan saya semua murid dapat memberikan sepenuh perhatian semasa pembelajaran hari ini disamping aktiviti yang dijalankan berjalan lancar hasil komitmen murid dan saya mengharapkan pengetahuan itu dapat diaplikasi dalam kehidupan seharian di mana telah saya beri penekanan semasa rumusan tadi.


 ULASAN PENSYARAH GURU PEMBIMBING:



Disediakan Oleh:

Norhaslinda binti Omar








1 comment:

LANJUTAN NOTA KULIAH

RANCANGAN TAHUNAN Elemen yang terdapat dalam rancangan tahunan 1.        Minggu 2.        Tajuk 3.        Kemahiran 4.    ...