Saturday, June 23, 2018

ABSTRAK

ABSTRAK

  • Penghargaan
  • Objektif
  • Pengenalan
  • Sukatan Pelajaran
  • Rancangan Tahunan
  • Rancangan Mingguan
  • Rancangan Harian
  • Refleksi



1. PENGHARGAAN


Alhamdulillah. Saya merafakkan sepenuh kesyukuran terhadap Ilahi kerana dengan izin dan redha-Nya, berpeluang saya membina penulisan blog ini. Malah, perkara ini merupakan pengalaman sulung saya lantas ia menjadikan saya sedikit teruja dan seronok untuk meneruskannya.

Terlebih dahulu, pertama sekali sudah tentu setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pensyarah bimbingan yang amat saya hormati dan sanjungi, Puan Hajah Maleha binti Lauto, merangkap ketua jabatan bagi Jabatan Pendidikan dan Pengajian Umum, Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH), atas cetusan idea dan dorongan serta sokongan padu beliau dalam menghasilkan penulisan blog ini.

Tidak dilupakan, sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada ibu yang sentiasa memberi semangat, untuk suami dan anak-anak yang sangat menyokong dan memahami serta sahabat-sahabat seperjuangan Semester Empat Diploma Pendidikan Islam yang sentiasa positif dan memberi galakan.

Akhir kata, penghargaan juga saya nukilkan buat semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penulisan blog ini. Syabas untuk semua.




2. OBJEKTIF


  1. Dengan wujudnya penulisan blog ini, rancangan tahunan dapat dinyatakan dengan lebih jelas lagi.
  2. Penulisan ini diharapkan menjadi sumber rujukan bagi mengaplikasikan sukatan pelajaran untuk Sekolah Agama Kerajaan Johor,
  3. Blog ini dibina agar rancangan mingguan dapat ditentukan dengan lebih teratur dan terperinci.
  4. Medium ini juga digunakan bagi mengetahui ciri-ciri pengajaran harian yang disusun secara lebih tepat, spesifik dan padat.
  5. Penghasilan penulisan ini diharap dapat menjadikan langkah perancangan sebelum proses pengajaran dapat difahami, dihayati dan dipraktikkan dengan baik dan cemerlang.
  6. Persediaan proses pengajaran yang sistematik dan terancang mengikut piawai yang ditetapkan ini diharap menjadi proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) nanti lebih efektif dan berkualiti malah meningkatkan tahap keyakinan guru ke tahap yang optimum.



3. PENGENALAN


Sukatan Pelajaran

Sukatan pelajaran merupakan suatu rancangan pelajaran berkaitan dengan suatu mata pelajaran tertentu.


Rancangan Tahunan

Rancangan Tahunan ialah rancangan yang dibina berdasarkan huraian sukatan pelajaran sepanjang tahun mengikut kesesuaian kelas dan tahap pencapaian murid yang disusun mengikut takwim sekolah.


Rancangan Mingguan

Rancangan mingguan didefinisikan sebagai perincian rancangan yang dibentuk daripada rancangan semester bagi setiap minggu serta mempunyai rancangan yang mempunyai pernyataan objektif.


Rancangan Harian

Rancangan harian adalah rancangan yang dibina untuk setiap waktu pengajaran dalam masa tiga puluh minit atau enam puluh minit yang mengandungi maklumat pengajaran, langkah pengajaran, masa, aktiviti serta catatan.


Refleksi

Refleksi bermaksud aktiviti mengkaji semula proses keberkesanan pengajaran yang telah dilakukan melalui renungan pengalaman dengan tujuan mempertingkatkan kemahiran guru. Ia juga dilakukan bagi mengetahui kekuatan dan kelemahan sesuatu proses pengajaran yang telah dijalankan.



No comments:

Post a Comment

LANJUTAN NOTA KULIAH

RANCANGAN TAHUNAN Elemen yang terdapat dalam rancangan tahunan 1.        Minggu 2.        Tajuk 3.        Kemahiran 4.    ...