RANCANGAN TAHUNAN
Elemen yang terdapat dalam rancangan tahunan
1. Minggu
2. Tajuk
3. Kemahiran
4. Nilai
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
·
Kemahiran soal-jawab
·
Kemahiran menghubungkait
·
Sumbangsaran
·
Kemahiran merumus
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
Definisi rancangan penagajaran harian
Penulisan
tentang kaedah pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran bagi satu mata
pelajaran pada sesuatu hari tertentu menggunakan format-format yang telah
ditetapkan.
Kepentingan rancangan pengajaran harian
·
Merancang pengajaran guru dan pembelajaran
murid dengan teliti agar menepati sukatan/standard pengajaran yang ditetapkan.
·
Menggunakan masa pengajaran secara optimum.
·
Menyediakan satu siri aktiviti untuk membantu
murid mencapai hasil pembelajaran, meningkatkan kemahiran yang dikehendaki,
menerapkan nilai-nilai murni dan proses penilaian yang terancang.
·
Menyedia bahan bantu mengajar (BBM) dan
strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang perlu untuk menyampaikan sesuatu
isi pelajaran dengan berkesan sesuai dengan tahap kemahiran murid.
·
Mengembangkan langkah aktiviti pengajaran
secara lancar, tersusun dan sistematik.
·
Guru dapat meramal situasi di dalam kelas
seterusnya membuat persediaan langkah-langkah untuk mengatasi masalah.
·
Meningkatkan keyakinan diri guru semasa proses
pengajaran berlangsung.
·
Memberi peluang kepada guru pengganti mengambil
alih tugas pengajaran dengan mudah dan berkesan.
·
Pemantauan dan bimbingan oleh pihak pengurusan.
Format rancangan pengajaran harian KBSR
1. Tarikh
2. Masa
3. Kelas
4. Bilangan murid
5. Mata pelajaran
6. Tajuk/topik
7. Objektif
pembelajaran
8. Pengetahuan
sedia ada
9. Kemahiran
berfikir
10. Penerapan nilai
11. Sumber
PERSEDIAAN
MENGAJAR
Persediaan mengajar
·
Persediaan mengajar merupakan satu perancangan
yang terdiri daripada langkah-langkah pengajaran yang akan dilaksanakan oleh
guru dalam bilik darjah
·
Terdiri daripada butiran am, tajuk pelajaran,
objektif, kemahiran serta bahan bantu mengajar (BBM)
·
Dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan
memberikan pengalaman baru kepada para pelajar serta dapat membentuk akhlak
terpuji yang dapat diamalkan oleh mereka dalam kehidupan seharian
Kepentingan persediaan mengajar
·
Ia membolehkan guru menentukan objektif
pengajaran yang sesuai dengan sukatan pelajaran dan kebolehan pelajar
·
Guru juga dapat menentukan pendekatan,
strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dengan objektif pengajaran
·
Dapat membantu guru memilih bahan, sumeber dan
aktiviti yang sesuai
·
Guru juga dapat memastikan semua isi pelajaran
dapat disampaikan kepada murid dengan baik
·
Akan memikirkan dengan terang matlamat atau
objektif, pemilihan isi penting, pemilihan dan susun cara mengajar, perancangan
aktiviti dan persediaan penilaian
·
Persediaan mengajar dapat memastikan guru agar
tidak menyeleweng dalam pengajaran
PENGAJARAN MIKRO
Definisi Pengajaran Mikro
Suatu
pengajaran pendek yang mengandungi sekurang-kurangnya satu kemahiran dan
dilaksanakan antara 5 hingga 15 minit.
Tujuan Pengajaran Mikro
§ Memberikan
pengalaman belajar dan latihan pengetahuan asas mengajar secara terpisah
§ Calon guru
dapat mengembangkan potensi mengajar sebelum mereka ke sekolah dan ke kelas
yang sebenar
§ Memberikan
persediaan bagi calon guru untuk mendapatkan bermacam-macam pengalaman asas
semasa mengajar serta memahami bagaimana kemahiran asas itu diterapkan
§ Membina
kemahiran guru secara praktik dalam bilik darjah
§ Mempraktikkan
teori pengajaran dalam suatu situasi yang terkawal
§ Membuat
perbincangan, analisis dan latihan
Model Pelaksanaan Mikro
·
Merancang
·
Mengajar
·
Mengulas
·
Merancang semula
·
Mengajar semula
Rancangan
Kerja Mingguan
(4 Julai
2018)
Iaitu
perincian perancangan yang dibentuk daripada rancangan kerja semester.
Rancangan Kerja Harian
Mengandungi
butiran seperti:
§ Kemahiran yang
hendak dikuasai
§ Catatan isi
pelajaran
§ Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran
§ Alat / bahan /
catatan
Contoh Rancangan Pengajaran Harian
a. Nama Guru
b. Mata Pelajaran
c. Kelas
d. Tarikh
e. Masa
f.
Bilangan
g. Tajuk
h. Kemahiran
i.
Kaedah
j.
Pengetahuan
k. Hasil
Pembelajaran
l.
Kemahiran Berfikir
m. Penerapan Nilai
n. Bahan Bantu
Mengajar (BBM)
PERBANDINGAN
PENGAJARAN MIKRO & MAKRO
(8 Julai
2018)
Perbandingan
Konsep
·
Mikro – pengajaran dengan tempoh pendek
berdurasi 5 hingga 15 minit
·
Makro – pengajaran dengan tempoh panjang berdurasi 30 hingga 60 minit
Perbandingan Kemahiran
·
Mikro – mempraktikkan amali dengan menggunakan
sekurang-kurangnya satu kemahiran seperti membuat set induksi (sebagai satu
kemahiran) atau mengadakan ujian atau latihan (sebagai satu kemahiran).
·
Makro – mempraktikkan amali yang melibatkan
beberapa kemahiran bermula daripada set induksi sehinggalah tamat pengajaran.
Seperti set induksi, kawalan murid, menulis di papan hitam, menggunakan bahan
bantu mengajar (BBM), pelaksanaan tempat dan sebagainya.
BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)
·
Segala keperluan yang digunakan oleh guru untuk
membantunya dalam menyampaikan pengajaran.
·
Bahan pengajaran juga dikenali dengan panggilan
media pengajaran
·
Menimbulkan ransangan dan keinginan murid untuk
mengetahui dengan lebih mendalam akan sesuatu aspek pengajaran disamping boleh
menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan melalui bahan bantu mengajar
(BBM)
Kategori Bahan Bantu Mengajar (BBM)
·
Bahan bercetak
·
Bukan
bahan bercetak
·
Bahan elektronik
·
Bukan bahan elektronik
·
Bahan sebenar / bahan bercorak pengalaman
Prinsip
Pemilihan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
·
Mencabar
·
Menepati
·
Menarik
·
Jimat dan murah
·
Sesuai
Fungsi Bahan Bantu Mengajar (BBM)
§
Meransang minat murid bukan
setakat mendengar dan melihat sahaja
§
Mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran
§
Pengajaran dapat
disampaikan melalui penerimaan muird secara berkesan
§
Membantu guru memvariasikan
(mempelbagaikan) kaedah pengajaran dan pembelajaran (PnP)
§
Menjadi alat yang wajib
digunakan dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran
KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO & MAKRO
Kemahiran Pengajaran Dan Pembelajaran
§
Kemahiran set induksi
§
Kemahiran menerang
menggunakan contoh, ilustrasi dan sumber pengajaran dan pembelajaran (PnP)
§
Kemahiran penggunaan
penyoalan
§
Kemahiran variasi ransangan
§
Kemahiran penggunaan papan
hitam
§
Kemahiran pengurusan
aktiviti pengukuhan
§
Kemahiran pelaksanaan
penutup
§
Kemahiran mengawal disiplin
dan mengurus bilik darjah
§
Kemahiran membuat penilaian
dalam pengajaran dan pembelajaran (PnP)
Prinsip Set Induksi
·
Berkait dengan isi
pelajaran
·
Berkait dengan pengetahuan
murid
·
Menarik minat murid
·
Menarik perhatian murid
·
Tujuan tercapai dengan
singkat
·
Sesuai dengan pengalaman,
kebolehan dan umur murid
Objektif Set Induksi
·
Menarik perhatian murid
·
Memotivasikan murid
·
Membina aliran pemikiran
murid
·
Mengaitkan pengetahuan yang
lepas dengan yang baru
·
Membantu murid belajar
dengan lebih mudah
Komponen Set Induksi
·
Menarik perhatian
·
Mewujudkan motivasi
·
Membuat perkaitan
·
Menstruktur
Contoh Kemahiran Menarik Perhatian
·
Menggunakan nada suara
·
Menggunakan alat bantu
mengajar
·
Menggunakan gerakan isyarat
·
Menunjukkan aktiviti yang
luar biasa
Contoh Mewujudkan Motivasi
·
Membangkitkan rasa ingin
tahu
·
Menggunakan teknik
bercerita
·
Menunjukkan aktiviti
Contoh Membuat Perkaitan
·
Menggunakan satu siri
soalan yang berkaitan
Contoh Menstruktur
·
Mengaitkan pengetahuan
lepas pelajar
Kemahiran Menerang
Kemahiran menerang ialah menyampaikan maklumat , konsep atau
isi kandungan pelajaran pada peringkat perkembangan dengan menggunakan contoh
dan ilustrasi.
Komponen Kemahiran Menerang
·
Arah permulaan : penerangan
guru
·
Kemahiran ilustrasi :
penggunaan contoh atau sumber pelajaran
·
Penyusunan idea :
pengurusan kemahiran menerang
Kemahiran Menutup
·
Menyusun idea
·
Menerangkan isi penting
·
Menutup dengan jelas
PERSEDIAAN MENGAJAR
Persediaan Mengajar
Persediaan mengajar merupakan malumat am yang perlu
mempunyai nilai, hasil pembelajaran dan kemahiran.
Kepentingan Persediaan Mengajar
·
Persediaan mengajar
digunakan sebagai perancangan mengajar, keranan suatu perancangan itu sangat
penting sebelum pengajaran berlangsung.
·
Persediaan mengajar juga
sangat penting sebagai dokumentasi atau bahan bukti bahawa proses pengajaran
berlaku.